Drop Down MenusCSS Drop Down MenuPure CSS Dropdown Menu
-->

Recent Posts

Powered by Blogger.

Sejarah SK Kota Masai






Sekolah Kebangsaan Kota Masai atau nama ringkasnya SK Kota Masai, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Jambu 17, Kota Masai. Di sebelah kanan Jalan Jambu 18 dan di sebelah kiri Jalan Jambu Utama

Sekolah Kebangsaan Kota Masai mendapat nama kerana ia dibina dalam perumahan Taman Kota Masai. Sekolah ini terletak di Jalan Jambu 17 Taman Kota Masai.
Sekolah ini telah ditubuhkan dan beroperasi pada 16 Julai 2003. Sebagai peringkat awal operasi sekolah ini, seramai 7 orang guru dari SK Tanjung Langsat, 10 orang guru dari SK Taman Cendana dan 2 orang guru dari SK Kopok diarahkan berpindah ke sekolah ini untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan. Seramai 423 orang murid telah berpindah ke sekolah ini. Mereka datang dari sekolah-sekolah yang berhampiran iaitu SK Tanjung Langsat, SK Taman Pasir Putih, SK Taman Cendana dan SK Pasir Gudang 1, 2, 3 dan 4. Sebanyak 12 kelas telah dibuka pada peringkat permulaan.
Encik Othman bin Abd Rahman telah dilantik sebagai penyelaras dan diamanahkan untuk menerajui sekolah ini sebagai pentadbir. Sekolah ini dianugerah watikah secara rasmi pada 17 Ogos 2003 oleh Yang Berusaha Tuan Haji Kasim bin Mahadi bagi pihak Pengarah Pelajaran Negeri Johor.
Pada awal November, sekolah ini telah mendapat guru besar yang pertama iaitu Puan Musleha binti Othman sebagai pentadbir rasmi yang dilantik PPD Johor Bahru. Pertambahan penduduk dan bilangan anak-anak Taman Kota Masai yang bersekolah di sekolah ini, maka ramai guru telah ditempatkan di sekolah ini. Ia berkembang dari semasa ke semasa.
Kesinambungan kepimpinan sekolah ini telah dipikul oleh Mohd Khir bin Yusof setelah Pn. Musleha binti Othman menamatkan perkhidmatan beliau iaitu bersara wajib pada umur 55 tahun. Beliau bertanggungjawab menerajui sekolah ini bermula pada 25 Januari 2005 hingga 31 Disember 2012.
Kini, kepimpinan pentadbiran SKKM diketuai oleh Guru Besar yang baru iaitu Tn. Hj. Kamaruddin Bin Abu Hassan yang telah memulakan tugas pada 1 Januari 2013. Semoga di bawah kepimpinan beliau, kecemerlangan SK Kota Masai akan diteruskan hingga ke masa yang akan datang.


0 comments:

Post a Comment